


Sudah lama SM tidak update blog ini.. setelah sekian lama peristiwa beberapa ekor serama yang telah mati diganggu anjing.. Maka setelah lama menyepi alhamdulillah ada seekor aym yg menjadi penyeri reban SM kali ini.. InsyaAllah SM akan kembali semula dengan berserama ;-)
Setelah kejadian semalam berlaku, hati ini sudah tawar untuk membela ayam serama, maka dengan ini ayam yang masih ada di reban ingin dilelong dengan harga yang murah untuk clear reban. selain untuk mengelak ayam yang berbaki dari serangan anjing liar tersebut.. lelongan ini dibuka untuk 2 hari sahaja.. siapa cepat dia dapat.. hubungi saya untuk melihat ayam di talian 019-4200746
salam buat sahabat serama, pagi tadi (3.00 pagi) saya dikejutkan dengan kebisingan ayam2 serama saya direban. Kejadian yg sangat menyedihkan buat hati ini, beberapa ekor ayam kesayangan saya termasuklah panglima putih telah mati kerana diganggu oleh dua ekor anjing liar.. Kejadian tersebut membuatkan hati ini sedih sgt.. dan terasa ingin berhenti memelihara ayam serama kerana kos utk mendapatkannya cukup tinggi, alih2 mati dikacau oleh anjing liar..
Salam semua.. saya minta sedikit nasihat dari otai serama berkaitan seekor ayam muda saya yg sejak kebelakangan ini sakit dan tidak boleh berjalan, kakinya lemah.. Apa ubat yg perlu digunakan utk atasi masalah ini?
Saya mengucapkan terima kasih atas pandangan yg diberikan